28 February 2018

WORDLESS WEDNESDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Continue Reading

26 February 2018

RESEPI MAMA UNA : RESEPI TELUR UNTUK DIET

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hahaha. Mama Una tak tahu la nak bagi nama apa resepi ni. Sila suggest tau. Semalam balik daripada Taman Tasik Titiwangsa, mama una campak campak je telur dan bahan bahan lain dalam mangkuk.
suami duk cakap lapar lapar lapar. hai, stress pulak nak kuruskan suami sorang ni. dia punya lapar tu makin panjang zikirnya. letih nak layan tau.
so, siapa diet boleh la try buat resepi telur ni. tapi kalau korang buat diet atkins, omit roti tu. Mama Una buat diet kalori.
Bahan-Bahan.


🍳 4 biji telur
🍳 2 ekor udang potong dadu (nak buh lebih pun tak apa)
🍳 Daun ketumbar
🍳 1/2 labu bawang besar
🍳 2 biji cili dipotong nipis
🍳 Lobak merah dipotong dadu
🍳 sekeping cheese dipotong 9
🍳 1/2 sudu kecil garam
🍳 sekeping roti wholemeal dipotong 9
🍳 Acuan yang sesuai
Cara cara:
Campur bahan dan gaul rata

Susun Roti

tuangkan bancuhan telur

susun kepingan cheese

Siap di kukus
🥧 Pukul telur sehingga sebati putih dan kuning.
🥧 Masukkan semua bahan kecuali cheese dan roti. Gaul rata.
🥧 susun roti dalam acuan. Rujuk gambar
🥧 Tuangkan bancuhan telur dan susun kepingan cheese
🥧 Kukus sehingga masak.
🥧 Sedap di makan dengan sos cili. Sesuai untuk yang tengah diet 😉
Kalau tak suka pedas omit saja cili padi. Anak anak pun boleh makan. Selamat mencuba. Nanti dah cuba boleh share gambar kat komen 😉    Berkhasiat okey. Semua ada. Protein, karbo dan serat.
Kalau nak sihat lagi boleh amalkan vita C! Vita C shaklee tengah promo. Dapatkan dengan mama una tau. 😊

Continue Reading

24 February 2018

HARI MENIPU DIRI SENDIRI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat petang semua.
Mama Una baru balik kenduri. Kat kenduri tadi Ya Allah, makanan dia sedap nak arwah. eh bukan kenduri arwah. Kenduri akikah. Tapi makanan dia sangat sedap.
Mama Una makan tanpa rasa bersalah. tapi balik rumah menyesal sangat. Perkara biasa lah tu kan. Perangai mengada nak kurus tapi lupa diri bila jumpa food sedap sangat. So sampai rumah tadi cepat cepat telan lecithin. I need beautiful shape.Hahahaha

Ini makanan mama una tadi. Sedap ke tak sedap korang rasa? hihi.Suami pun cheat day hari ini, sedangkan dia dah 5 hari detox. Tapi still tak makan benda manis. masih waras bab itu.
Nak balik tu, cousin Mama Una kirim pelbagai kueh pulak. dah sampai rumah baru bukak. Ya Allah. kek!!! korang rase perlu ke sambung diet ni? hahaha

till meet again. Thanks for reading 
Continue Reading

SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK MASALAH MORNING SICKNESS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Post ini Mama Una nak cerita sikit mengenai supplement yang sesuai untuk ibu yang selalu mempunyai masalah morning sickness setiap kali mengandung.

Mama Una suggest untuk 3 benda ni. yang mana mama una rasa sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu ibu sewaktu mengandung. Selain mendapat nutrisi yang lengkap, masalah morning sickness yang teruk dapat di atasi.

So, this is 3 supplements from Shaklee that i love to share to all mommies struggling fighting morning sickness.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 

Yang pertama adalah ESP.  Satu Tong ini boleh tahan 1-2 bulan. Kenapa ESP? Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu mengandung mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa loya dan mual terutama apabila perut kosong.

ESP Shaklee membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Perut juga akan rasa kenyang lebih lama. ESP Shaklee mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain. 

Selain itu, ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Glisemiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan ibu berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Ibu tak perlu memaksa diri untuk mengambil makanan dalam kadar yang banyak semata mata kerana bimbang bayi dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang cukup kerana ibu kerap muntah muntah. ESP mampu memberikan nutrisi untuk ibu dan bayi seterunya memberikan tenaga yang lebih untuk si ibu.

PEPPERMINT GINGER PLUS

Yang kedua adalah Peppermint Ginger Plus. Peppermint Ginger Plus nie adalah gabungan daripada 4 jenis herba iaitu daun pudina, halia , pokok adas dan cekur manis. Hasil dari gabungan herba-herba yang sangat sinonim dengan rawatan tradisional maka terhasil la peppermint Ginger Plus. 

Kombinasi herba dari timur dan barat ini kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri yang dipercayai dalam perubatan tradisional, telah digunakan sejak berkurun lamanya untuk memberi kelegaan pada tubuh. 
  • Melegakan otot perut dengan memberi kesan penenang 
  • Mengurangkan gastrik akibat lebihan angin dalam usus 
  • Merangsang rembesan enzim dan jus gastrik untuk pencernaan makanan 
  • Mengurangkan pedih ulu hati, kembung perut
  • Mencegah rasa loya, muntah, sendawa dan mabuk laut 
  • Menyelesaikan masalah penghadaman dan rasa sakit pada abdomen
B COMPLEX 
Yang ketiga adalah B Complex. Terkejut tak kenapa b complex? B Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. 

Penting untuk ibu mengandung untuk bertenaga sepanjang kehamilan. B Complex juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya.


Paham ke apa yang Mama Una explain pasal supplement semua tu? Ada masalah morning sickness? Jom cuba supplement from shaklee. Beli dengan mama una untuk advice yang terbaik. 0193342290

Thanks for reading 💗
Continue Reading

22 February 2018

TIPS ATASI MORNING SICKNESS YANG TERUK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang pernah ke menghadapi morning sickness? Mama Una menghadapi tanpa gagal untuk 2 orang anak anak amanah Allah ini. Anas paling teruk. Teruk yang berlanjutan sehingga 6 bulan. Sangat teruk. Korang yang mengandung macam mana? okey? Ada morning sickness tak?
Apa itu morning sickness?
Morning sickness atau turut dikenali sebagai loya dan muntah ketika hamil.Biasanya bermula sekitar 4 atau 6 minggu usia kehamilan. Biasanya kan, masa ni la kita sedar kita mengandung. Dan orang yang tak ada morning sickness selalu lewat tahu yang dia mengandung. betul tak?

Wanita yang mengalami morning sickness akan rasa loya, dan mungkin muntah apabila bangun pagi. (sebab itu dinamakan morning sickness). Rasa loya dan muntah kerap berlaku pada waktu pagi mungkin disebabkan perut kita kosong. Penat kot muntah.
Bahaya ke morning sickness?
Actually, morning sickness ini boleh jadi bahaya atau pun tak. Macam Mama Una rasa, kalau setakat Morning sickness tapi awak makan dan minum walaupun terpaksa is okey. Tapi kalau sampai tak makan, lembek, itu bahaya. Bahayakan bayi dan diri sendiri.

Apa kesan morning sickness?
🍋Hilang selera makan dan minum
🍋Boleh mengganggu aktiviti seharian
🍋Badan mudah rasa letih dan tidak bertenaga
🍋Boleh menyebabkan badan dehidrasi disebabkan muntah terlalu kerap
🍋Boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi akibat kekurangan zat dan nutrisi
Cara mengatasi morning sickness
🍓Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap
Kerapkan pengambilan makanan. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

🍓Makan makanan yang kaya dengan protein
make sure ambil sumber protein. sumber protein mampu untuk membuatkan ibu lebih bertenaga.

🍓Elakkan makananan berlemak, berminyak dan pedas
Elak daripada makan makanan berminyak, pedas dan berlemak. Ini boleh memberikan rasa tak selesa pada perut ibu dan menggalakkan ibu untuk rasa mual nak muntah.

🍓Banyakkan minum air
Minum air secukupnya untuk menggantikan air yang keluar semasa muntah. Air yang cukup dapat elakkan dehidrasi.

🍓Pastikan rehat secukupnya
ambil peluang untuk dapatkan rehat secukupnya. Selalu minta pertolongan suami untuk melakukan kerja kerja rumah sekiranya ibu rasa sangat penat dan perlukan rehat. Jangan tambah tekanan kepada diri sendiri.

🍓Mengambil makanan tambahan atau supplement
Ambil supplement tambahan. Jangan ego atau tolak keperluan badan yang memerlukan nutrisi yang cukup. Kalsium, Vitamin C, Zat Besi adalah amat diperlukan untuk ibu mengandung. Boleh baca cadangan supplement shaklee yang sesuai untuk ibu mengandung dan supplement untuk masalah morning sickness yang teruk.

🍓Dapatkan nasihat doktor
Jika keadaan bertambah teruk, sila berjumpa dengan doktor.

Tahukah Anda, Morning Sickness Yang Anda Alami Mungkin Bukan Morning Sickness Biasa?


Morning Sickness: Loya dan sesekali muntah, loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke 12. Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan) dan juga muntah tetapi masih boleh menyimpan sedikit makanan dalam badan.

Hyperemesis Gravidarum
: Loya dan muntah terlalu kerap. Loya dan pening tidak beransur baik walau sudah masuk minggu ke 12. Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan dan juga disebabkan muntah yang terlalu teruk sehingga tiada makanan boleh disimpan dalam badan.



So, macam mana? Morning sickness korang normal ke tak? Jangan menidakkan keadaan badan yang memerlukan nutrisi tambahan. Sayangi bayi yang berada dalam kandungan.

Jaga diri.

Thanks for reading
Continue Reading

21 February 2018

WORDLESS WEDNESDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Continue Reading

20 February 2018

YOUTH SKINCARE : SERUM TERBAIK UNTUK KULIT WANITA ASIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ini mama una nak share berkenaan dengan Serum. Korang pernah pakai Serum ke? Mama Una tak pernah pun. Hahaha. Dan tak pernah amik tahu apa tu Serum.


Ye la Mama Una ni cuci muka pun ikot mood. Kalau bulan mengambang rajin lah cuci mukanya. Tapi, dah masuk 30 tahun ni, kene bawak bawak bertaubat sikit lah kan. So, mula cari info pasal Serum dan skincare yang lain.


Alhamdulillah. Mama Una jumpa la kebaikan Serum. Serum muka sebenarnya mampu membantu menghilangkan garis-garis halus, kedutan dan juga bintik-bintik hitam di muka. Serum yang baik diperbuat daripada bahan aktif, yang mana molekul-molekul kecil yang terkandung di dalam serum membuatnya menjadi lebih mudah diserap ke dalam kulit.

Dengan erti kata lain, serum dapat membantu meremajakan kulit kita agar kita kelihatan sentiasa muda dan bebas daripada masalah kulit. Impian Mama Una untuk mempunyai kulit sehalus bayi mampu tercapai dengan penggunaan serum.Hahaha.

Korang tak nak ke kulit muda lembut sehalus bayi? Mesti nak kan. Korang tahu, Mama Una dah guna Serum Youth from shaklee almost 12 hari. Dan dah ada yang cucuk pipi mama una tanya "effect youth ke ni" mak suka mak suka mak suka nak.

APA ITU SERUM YOUTH??

Youth activating serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol, dan youth complex yang berkesan. Ia menggalakan penghasilan kolegan dan pembaharuan pada peringkat sel, buatkan kulit lebih anjal, sihat dan muda remaja.

Memang sangat best serum youth. Botol dia pun berteknologi tinggi tau sebab nak jaga kualiti Serum tu. Jangan tanya kenapa Serum Youth mahal! It is premium product! Bukan Serum timbang tau.

Bahan utama : youth complex dengan apple cell, lotus japonicus, vitamin A

Cara penggunaan serum youth :

Tekan dan pam 1 hingga 1 1/2 ke hujung jari dan sapu rata secara perlahan diseluruh muka. Gunakan 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.
So, sesiapa yang nak try youth kan, terus saja pm mama una. Whatsapp mama una laju laju sebab stock yang bakal masuk on March ni tak banyak tak. Korang lambat korang rugi.
terus save no mama una 0193342290
Thank for reading 
Continue Reading

16 February 2018

TIPS JAGA BAYI KEMBAR

Assalamualaikum.

Hai semua. Hari ini mama una bersiaran dari Kampung Pulau Rusa! Balik kampung raya!!!
Yuhuuuuu. 
Balik kampung tengok my nephews. Twin yang kadang kadang serupa muka kadang kadang tak. Tapi respect to my sister. Boleh kerja, boleh menyusu baby dengan baik sekali. 
My sister dalam pantang dulu consume Shaklee Post Natal Set tau. Lepas bersalin keluar wad minum ESP + tamar cocoa. Mama Una yang bancuh. Pastu ambil vita C, vitalea dan B comp untuk tenaga.

Then korang tahu, both baby tu warded. My sister ulang alik hospital. Pastu sorang baby dapat discharge. Alhamdulillah, apa yang best susu dia dalam pantang meriah. Badan bertenaga. 
Both baby sekejap saja warded. My sis dapat rilex kat rumah lepas tu. Dapat menyusukan dengan baik. Baby tak meragam sangat. Tips dia, kenyangkan perut baby dengan susu ibu.
Baby prem, doktor tak bagi menyusu direct as it will cause a lot of energy for them. So, my sis keep pumping and bottle feeding them. Alhamdulillah. Both gebu dah sekarang. Kulit pun cantik.
Korang yang pregnant cuba la Set Pre Natal Shaklee dan berpantang dengan Post Natal Shaklee. Berbaloi korang. Set berpantang sekaligus dengan Set Menyusu. 
Kalau berminat nak tahu lebih contact la mama una tau. Nanti mama una share lebih tips. Tips penyusuan pun sekali 😉
Tekan saja 0193342290
Continue Reading

14 February 2018

WORDLESS WEDNESDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Continue Reading

13 February 2018

YOUTH SKINCARE : RAHSIA DISEBALIK NAMA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ini nak cakap Youth lagi boleh tak? Mama Una nak cerita macam mana boleh jatuh cinta dengan Youth Shaklee.

Nak cerita ini. Baca tau. Baca sampai habis. Mama Una actually dapat special treatment daripada Shaklee sebab terpilih untuk beli Youth Set dengan harga diskaun sebelum di launch di Malaysia. Tapi.....

Masa awal awal dapat invitation tu, Mama Una tak rasa pun nak beli. ini semua kehendak. Hati kecil ini tetap tak mahu beli. Mama Una rasa sayang dengan duit. Rasa Youth ni mesti biasa biasa.

Tapi,.... Ya Allah, scientist Youth from New York datang Malaysia cerita pasal Youth. Ternganga la Mama Una hooii.. Hebat nya Youth ni sehingga, formula Youth ni tak akan ada sesiapa boleh copy. Kalau nak tahu Global Lead Beauty Shaklee sekarang diketuai oleh  Ms Virginie Descamps, Global Lead, Beauty at ShakleeCorporation.

Siapa pulak Ms Virginie ni? Korang boleh tengok video ni kat bawah. Dia ni memang one of expert in Skincare. Video bawah ni dia share some tips.



Nak tahu lagi kenapa mama Una beli Youth?

Tengok video ni. the best reason why i buy Youth and i never regret!! Korang pun patut dapatkan Youth daripada Mama Una tau. I will guide you. 


So, apa tunggu lagi? 0193342290. Contact mama una cepat cepat. Special price untuk korang yang buat order sebelum march tau. Jangan bertangguh lagi.

Thanks for reading
Continue Reading

YOUTH : APA BAHAN RAHSIA YOUTH YANG MENJADIKAN IANYA SKINCARE TERBAIK DUNIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ke 6 dah Mama Una guna Youth. Youth ni macam miracle for me. Mama Una tak pernah beli full set skincare. Youth adalah yang pertama.



Sangat best. First Time  Mama Una pakai dah rase perbezaannya. Sangat sangat best. Lagi best sebab setiap product Youth ni ada active ingredients. Apa benda tu? Active ingredients ni adalah bahan bahan yang Mama Una akan explain macam kat bawah ni.

Selain tu dalam Product Youth, tak ada Sodium Laureth Sulfate (SLES). BAHAYA KE SLES ni?

"Sodium laureth sulfate is a chemical found in shampoos, conditioners, toothpastes, cosmetics, soaps and various cleaning products. ... Although it is an effective cleaner, some people have expressed safety concerns about sodium laureth sulfate and claim it can cause a number of health problems, including cancer."

Untuk Rujukan lanjut korang boleh baca kat sini. just klik SLES

Okey, so untuk Youth, bahan bahan dalam Youth sangat best. Jom baca apa bahan bahan dalam Youth.


1. MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

2. LOTUS JAPONICUS
YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

3. APPLE STEM CELL EXTRACT
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulituntuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

5. VITAL REPAIR+®COMPLEX

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Macam mana? best kan bahan bahan dalam Youth ni. Sangat selamat tanpa apa apa bahan kimia yang menjadi persoalan sama ada selamat atau pun tak.

Lagi satu Youth ni boleh digunakan oleh semua lapisan umur. 20-an sehingga 90-an. Best kan? beli 1 set share dengan mak.

So, sesiapa nak cuba Youth, jom contact Mama Una. Harga Special. Mama Una bagi special price untuk yang serious dan nak repair kulit. terus tekan 0193342290.

Thanks for reading,
Continue Reading