27 August 2013

Nasi Himpit Kuah Kacang

Hello semua..ciiisss..hello di bulan syawal? Aku memng kureng sopan..len kali bg la salam..hohoho

Baiklah, tanpa buang masa y memng x bnyak, aku nk share resepi kuah kacang nasi himpit yang boleh di cuba pada raya tahun hadapan..,mueh mueh..melampau nak try tahun depan..try esok pun boleh lah...

Resepi aku ni, aku menuntut dengan emak..x g kelas pon..just suruh dia taip kat sms..mak aku x pakai wasssaap mahupun we chat..hohoho..

Ok..bahan bahan
1. Nasi himpit segera (yang ni korang rebus je la..x kan cara rebus pun aku nak ajar..rebus dengan ape??? PASIR!!!).
2. Kacang tanah yang digoreng tanpa mnyak dan dibuang kulit
3. Cili boh
4. Bawang Merah
5. Bawang Putih
6. Halia
7. 2 keping lengkuas di potong nipis
8. Asam jawa
9. Sedikit belacan (x nak letak pun x pe)
10. Ayam yang dipotong kecil2 (optional)
11. Serai
12. Air
13. Minyak
14. Nissan @gula melaka
15. Garam secukup rasa

Cara cara.
1. Blend kacang tanah sehingga 90% hancur dan rendam dalam air masak. Ketepikan
2. Blend bawang merah, bawang putih, halia sampai lumat.
3. Tumis bahan2 y dikisar dan tambah ciliboh, lengkuas dan serai y tlh diketuk, masak hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan belacan dan air asam jawa..kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan air, isi ayamdan gula melaka dan tunggu hingga mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah tadi..kacau sebati dan masukkan garam..
7. Setelah mendidih, tutup api..sedia dihidangkan dgn nasi himpit...

Taraaa...siap..resepi aku x masuk santan..so, aku sorry kpd tuan rumah y hidang nasi himpit tp aku x makan sebb aku memng x makan kuah kacang letak santan..berlemak sangat...hihihi...

Ok..daaa...

No comments: