23 June 2013

Kurma Cookies

okey, yang ni pulak, resepi yang disukai oleh orang dewasa suka..cair dalam mulut..makan sekeping x puas..pandai x aku gebang? hebat x hebat mama una? hahaha...

okey, jom rujuk resepi ikot kepala otak aku..sorry yer, resepi ni aku bantai sukatan sendiri sahaja..maaf dipinta sekiranya, rasa biskut yang korang buat ikot resepi aku tidak memenuhi citarasa anak tekak korang..muehmuehmueh..

bahan-bahan:
1. tepung atta 2 cawan
2. tepung jagung setengah cawan
3. tepung gandum setengah cawan
4. kurma 2 biji ( direbus buang kulit dan dijadikan puree)
5. sebiji telur
6. 3/4 cawan unsalted butter
7. cream cheese setengah cawan

cara-cara:
1. gaulkan tepung atta, tepung ganjum dan tepung jagung bersama-sama unsalted butter sehingga sebati.
2. masukkan cream cheese dan puree kurma.. gaul atau uli sehingga adunan betol2 sebati..kemudian masukkan telur.
3. pastikan adunan x melekat ditangan..aku buat adunan lembik sikit sebab aku pikir, baby senang hadam..eh eh..ni teori aku jer..
4. rehatkan adunan, dan korang boleh canai dan tekap ikot ape sahaja acuan..
5. bakar pada suhu 180c dalam masa 20 minit api atas bawah..siap



kuda, stroller, rompers and botol susu :)

CUTE CUTTERS NI AKU JUAL SEKARANG JOM ORDER SEKARANG RM 15 INCLUDE POSTAGE :) (Update 23/12/2013)

2 comments:

AishahNur said...

nak beli cutter tu...tolong sms/whatsapp sy details bayaran ek.. 0132906727. Serious buyer ;)

AishahNur said...

Cutter tu besar mane yek?