25 August 2011

Nasi Arab in the house :)


berikut adalah resepi terbaru..resepi original dari kazen i..i buat edit2..tapi segan nak bagi resepi edit i..post ini juga adalah balasan kepada pos PUDING LAICI..hoho.EE, tolong buat dan kasi kak hanim sepinggan.TQ

Bahan2 :

1 ekor ayam (potong 4, jgn buang kulit)
4 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh syaibah ( kalu xde takpe la.. rempah ni susah nak cari sini, kat Arab saudi byk la)
1 sudu besar pati ayam
Garam & serbuk perasa secukup rasa
Air secukupnya (padan untuk masak nasi)

Cara2 membuatnya:

1. Masak kesemuanya hingga mendidih & ayam masak.
2. Bakar ayam dalam oven suhu 160 darjah selama 20 minit.
Bahan2 untuk nasi :

4 cawan beras basmati (saya guna beras Jasmin je..hehehe)
Air rebusan ayam (buang kesemua rempah ratusnya)
1 labu besar bawang besar (potong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi & minyak masak, tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air rebusan ayam. Masukkan beras. Masak hingga kering airnya.
3. Titiskan sedikit pewarna kuning di atas nasi. Gaul nasi, pastikan kaler kuning bercampur2.. bukan serata...
4. Boleh biarkan nasi masak terus @ kukus. saya suka kukus kerana nasinya cantik, relai & jika nak makan kali kedua, cuma panaskan lagi tanpa ia berkerak.. x membazir)

Bahan2 salad :

1 biji timun besar
1 biji tomato besar
3 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam halus

Cara2 membuatnya:

1. Potong timun & tomato dadu kecil2..
2. Perah limau nipis & campur garam halus. Gaul rata.

Bahan2 sambal:

1 biji tomato masak
15 biji cili padi
1/2 sudu teh garam halus

Cara2 membuatnya:

- Blend kesemuanya hingga hancur.
* Boleh hidang nasi mandy dgn ayam, salad timun/tomato & sambal cili. Sedaaappp...

untuk yang alergi nasi..hohoho

Glitter text generator

4 comments:

Si Nuansa Eyqin said...

wah!! boleh cuba. sedap. thanks for sharing.

eesyaheera said...

Ni betul-betul nak lawan ni! Haha

haNem said...

ooppsss..hahahhha..try lah lawan..hahahha

Miss A said...

wow,awk suke mkn nasi arab ke?ehe