08 August 2011

Himpunan Tips untUk Lelaki Budiman & Perempuan Rupawan (part 2)

godek-godek post lame, tertengok pulak kisah umah tangga yang tidak berkesudahan ini..maka, rase mahu ambil peluang hapdate belog, terus buat huraian pasal benda kat bawah ini..ingat..ini huraian dari saye..ia bersikap peribadi..x suke tekan butang pangkah kat atas sebelah kanan..done!

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda. (accept apa jua kata-katanya,penerangannya, die sedang sedih, lepas semua okey, pujuk lah balik, barulah cerita itu bukan salah anda )

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu. (cakap kan lebih senang )

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.(patot amalkan benda macam nie..kalu x, memng perang skali lagi)

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.(wakakaka..i choose comforter lah)

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. (aiisshh..malulah cara macam ini)

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. (ari-ari pun okey ape..ringan keje bini)

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.(mmmm...biarkan saye dengan dunia saye..nanti dah lame okey..jangan buat-buat baik pulak..i know u better lah)

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. (mesti selalu ader..menyesal kalau tanya..hahaha)

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.(should do)

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. (hahaha..x pg keje lah lah kalu cenggini..x payah x pe..nak tido malam kang, peluk!)

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’. (perrrghh..leleh lah sangat..x der anak buleh lah kot..dah ader anak, haramnak buat)

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari. (x mau komen)

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. (patut sangat...kalau dapat isteri x pandai mengemas, yaaaa ampuunn)

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.(jangan nak sangkut merata-rata)

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu. (yes...jarang lelaki rajen macam nie kan..u?u?)

thanks fore reading :)

Glow text generator

2 comments:

shazmir said...

sweet..
btw awak jug cantik sgt..!

xyz4mir.blogspot.com

kaizen said...

terbaik tips nih....

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI